Sistem matawang sekarang Peso_Mexico

Pada tanggal 1 Januari 1993, Mexico telah menggunapakai matawang baru yang dipanggil nuevo peso ("peso baru", atau MXN). Peso baru ini adalah bersamaan dengan 1000 peso lama MXP yang tidak digunakan lagi. Perubahan ini adalah disebabkan pergolakan matawang yang teruk dan penguncupan nilai matawang yang telah berlaku pada suku akhir abad yang lalu.

Tiga tahun selepas itu, terma nuevo telah ditarik balik dan duit syiling serta wang kertasnya – masih sama dengan isu pada tahun 1993, kecuali ketiadaan perkataan "nuevo" – telah diedarkan. Kod ISO 4217, bagaimanapun, dikekalkan sebagai MXN.

Duit syiling

Duit syiling yang kini dalam edaran di Mexico bernilai muka 10¢, 20¢, 50¢, $1, $2, $5, $10, dan $20. Duit bernilai $50 memang wujud, tetapi ia tidak diisukan sejak 1996 kerana ia tidak digemari oleh orangramai. Semua duit syiling menampilkan imej berunsurkan kalendar Aztek.

Matawang Kertas

Matawang kertas adalah diisukan dalam denominasi $20, $50, $100, $200, $500, dan sejak November 2004, nota $1000 yang baru. Wang kertas Mexico memaparkan tokoh-tokoh Mexico yang lampau.